PUSAT JAGAAN

BAITUS SAKINAH  WAL

MAHABBAH

 +603 8705 0221

No 27 Jalan Warisan Indah 8/8 , Kota Warisan  43900 Sepang Selangor.

Mobile : +6014 740 0858

Mobile : +6011 2385 3699

baitussakinah09@yahoo.com

TENTANG KAMI

 “ Kalaulah manusia didunia ini merasakan manusia satu sama lain perlu memerlukan secara langsung , memang begitu keadaan manusia hakikatnya, sudah tentu manusia ini akan hidup sebagai satu keluarga dengan penuh kasih sayang dan timbang rasa serta kerjasama . “

PENGENALAN

FUNGSI NAMA

Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah Telah ditubuhkan pada awal januari 2009, pusat ini sebuah Pusat  Jagaan berbentuk system asrama dan berkonsepkan kekeluargaan yang diwujudkan untuk menjaga, membela dan mendidik golongan kanak kanak dan remaja dibawah umur 20 tahun dari kalangan anak-anak  yatim, golongan susah / fakir miskin, OKU, anak-anak kepada pesakit kronik (pesakit jantung, injab bocor, kencing manis), asnaf zakat serta remaja-remaja yang tercicir pelajaran.  Golongan OKU tidak tinggal bersama kami tetapi mendapat perhatian dan bantuan kebajikan dari pusat ini.(seperti barangan dapur dan kewangan) yang dikongsi dan disalurkan juga kepada mereka.

BAITUS SAKINAH WAL MAHABBAH  bermaksud rumah ketenangan dan kasih sayang. Setiap manusia menginginkan ketenangan dan kasih sayanglebih-lebih lagi didalam keadaan Dunia hari ini yang sangat kusut dan bercelaru dengan 1001 macam masaalah lagi seperti tiada hentinya.   Justeru Pusat Jagaan ini merasa bertanggungjawab untuk mencetus satu suasana kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang dimana anak-anak dididik dan didisiplinkan dengan didikan dan islam agar mereka mempunyai kekuatan jiwa untuk berhadapan dengan masa depan yang mencabar. Ketiadaan tempat bergantung, masaalah kemiskinah dan kecacatan bukanlah alas an atau sebab menghalang mereka untuk berjaya dimasa hadapan. Asalkan mereka dibina dari sudut lahiriah dan batiniah. Merekalah sebenarnya modal insan dan eset besar bagi Negara kita.

ROLE MODEL

Pusat jagaan ini menganbil Rasulullah SAW sebagai Role Model untuk ditiru didalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab social ini. Umum mengetahui bahawa kedatangan Baginda Rasulullah SAW adalah rahmad buat sekelian alam. Walaupun Baginda Rasulullah SAW adalah seorang yatim piatu, dilahirkan dari keluarga yang miskin dan dibela pula keluarga yang miskin. Namun Baginda mempunyai jati diri yang tinggi. Sangat tawadhuk dan penyayang serta sentiasa mengutamakan orang lain. Baginda sangat prihatin akan kesusahan dan penderitaan ummatnya serta sangat menginginkan keselamatan dan keimanan ummatnya.     Adalah diharapkan agar semua pihak samaada penjaga-penjaga di Pusat ini, kanak-kanak dan remaja yang tinggal bersama kami dan masyarakat sekeliling amnya, kesemuanya berusaha kearah mencontohi akhlaq Baginda Rasulullah SAW ini terutama di dalam hal berbuat kebajikan kepada golongan yang memerlukan.

DASAR

1. Menanamkan Rasa Bertuhan

2. Menanamkan rasa cinta & takut pada Tuhan

3. Menyuburkan semula fitrah kasih sayang

 Sabda Rasulullah  SAW : “awwalludin Makrifatullah” Ertinya : Awal-awal agama ialah mengenal Allah. Tuhan adalah Zat yang mencipta seluruh alam dan segala isinya. Semua makhluq tanpa mengira agama dan bangsa adalah ciptaanNya. Mengenal Tuhan adalah silibus wajib bagi semua manusia.

Apabila Tuhan dikenali, timbul rasa untuk mencintai Nya kerana rasa terhibur dengan banyaknya nikmat yang telah Tuhan anugerahkan kepada manusia.  Juga timbul rasa takut padaNya kerana setiap amal kejahatan akan dibalasi dengan azab yang pedih. Segala masaalah yang timbul didunia hari ini adalah kesan dari hati manusia yang tidak kenal, cinta dan takut pada Tuhan.

Dalam diri manusia Tuhan telah kekalkan benih-benih fitrah kemanusiaan iaitu perasaan belas kasihan dan kasih sayang sesame manusia tanpa mengira agama dan kaum. Didalam diri manusia juga Tuhan telah bekalkan nafsu yang sifatnya suka mendorong kepada kejahatan. Tetapi manusia hari ini sering tewas dengan nafsu mereka, akibatnya manusia bukan sahaja tidak berkasih sayang bahkan hidup mementingkan diri sendiri, tidak bertolak ansur, sombong, kedekut dan lain-lain lagi sifat mazmumah.

TENAGA PENGGERAK

: Pn. Kartini Maarof LLBM(Hons)IIUM Dip in Syariah Law & Practice (DSLP) IIUM

: Pn. Juhaidah Mohd Yusof

: Pn. Ummu Amarah Asmid (Dip Komputer) ASBI Jakarta

: Pn. Juhaidah Mohd Yusof

: Saadatul Aliyah Binti Huzaini

: Mohd Nur Fida’ Uddin : Mohd Fatih Adam

: Nur Hanisah Mohd Ikramullah

: Pn. Ummu Amarah Asmid (Dip Komputer) Poltek BSI Jakarta

Kaunselor

Pengusaha & Pengurus

Pentadbiran & Pegawai Perhubungan

Warden asrama putra

Warden asrama putri

Pengurusan & pengangkutan

Guru-guru

Pentadbiran & Pegawai Perhubungan

PUSAT JAGAAN

BAITUS SAKINAH  WAL  MAHABBAH

Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah Telah ditubuhkan pada awal januari 2009, pusat ini sebuah Pusat Jagaan berbentuk system asrama dan berkonsepkan kekeluargaan yang diwujudkan...

Baca selanjutnya

HUBUNGI KAMI

 +603 8705 0221

No 27 Jalan Warisan Indah 8/8 , Kota Warisan  43900 Sepang Selangor.

baitussakinah09@yahoo.com

MEDIA SOSIAL

baitus.mahabbah

YouTube Video

Baitus Sakinah Wal Mahabbah

............................

............................