PUSAT JAGAAN

BAITUS SAKINAH  WAL

MAHABBAH

 +603 8705 0221

No 27 Jalan Warisan Indah 8/8 , Kota Warisan  43900 Sepang Selangor.

Mobile : +6014 740 0858

Mobile : +6011 2385 3699

baitussakinah09@yahoo.com

AKTIVITI & PERKHIDMATAN

1. Khidmat Masyarakat

Pusat  Jagaan ini menyediakan khitmat masyarakat kepada kejiranan sekitar. Selain daripada  Dapat berkhitmat kepada jiran-jiran, wang sumbang yang dikumpulkandapat membantu menyelesaikan sebahagian overhead pusat ini.

 

1. Menyediakan khitmad van sekolah dengan bayaran yang berpatutan. Setakat ini ada seramai hampir 60 orang kanak-kanak jiran yang menggunakan perkhitmatan ini

2. Kelas pengajian Al-Quran pada sebelah petang dan malam. Terdiri dari kalangan  kanak-kanak sekolah rendah dan menengah

2. Pendapatan Sampingan

Memandangkan Pusat Jagaan ini tiada pendapatan tetap atau mendapat tajaan dari mana-mana pihak secara tetap setiap bulan sedangkan overheadnya adalah tinggi, maka pihak kami telah membuat keputusan untuk mengeluarkan produk bakeri seperti roti, pizza, biskut dan kek yang dibuat di rumah untuk diedarkan ke kedai-kedai atas nama As-Sakinah Bake House. Produk Bakery As-Sakinah Bake House ini diusahakan oleh staf dan remaja yang bernaung dibawah Pusat Jagaan ini.

 

Setakat ini peralatan digunakan dibakery ini adalah sumbangan individu, juga peralatan terpakai yang dibeli dari kedai secondhand. Pihak kami yakin projek ini boleh berkembang jauh dengan ditambah beberapa peralatan lagi untuk meningkatkan pengeluaran terutama ketika musim perayaan

KERJASAMA DENGAN AKADEMI HUFFAZ DI BAWAH NAUNGAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN ULUL ALBAB

Pada awalnya anak-anak dibwh pusat jagaan kami ini d jaga sejak dr sek rendah lagi..apabila mereka meningkat usia ke 13 tahun kesemua mereka dihantar ke sekolah tahfiz iaitu Akademi Hufaz Ulul Albab di bawah naungan Pertubuhan Kebajikan Ulul Albab di Bandar Sri Sendayan, N Sembilan. Ada seramai 20 orang kanak2 yang telah dihantar bersekolah di sana tetapi masih tetap di bawah jagaan Pusat Jagaan BSWM di mana pihak kami menaja segala keperluan yuran persekolahan dn perbelanjaan mereka.

 

Sebahagian anak2 tahfiz ini juga terutama pelajar puteri turut terlibat dengan projek Bakeri terutama projek tempahan biskut raya di bulan ramadhan di mana selepas kelas setiap hari mereka akan turun tangan bersama membuat biskut bersama2.Setakat ini jualan biskut raya amatlah memberangsangkan dan menerima tempahan drp syarikat2 korporat dan jabatan kerajaaan.

PROJEK JANGKA PANJANG

1.Mengembangkan projek van sekolah

Oleh kerana perkhidmatan van sekolah sangat berpotensi dan mendapat permintaan yang tinggi pihak kami bercadang utk mengembangkan lagi projek ini dengan menambah bilangan van dan driver.Setakat ini kami baru ada 2 van yang beroperasi tanpa henti termasuk penghantaran ke Nilai International School.

2. Projek Dobi

Pihak kami bercadang untuk membuat satu lg projek sebagai menambah kewangan Pusat Jagaan  iaitu dobi self service. Setakat ini kami masih mencari tapak yg berpotensi.

3.Projek Tanah Wakaf

 

Alhamdulillah dengan izinNya Pusat Jagaan ini baru saja menerima sebidang tanah wakaf seluas 1.8 ekar di Kg Jijan Labu Negeri Sembilan..Oleh kerana pewakaf berhasrat mewakafkan tanahnya utk kegunaan persekolahan anak2 yatim  dan asnaf di bawah jagaan pihak kami , maka projek ini dijadikan projek usahasama pihak kami dengan Akademi Huffaz Ulul Albab.Lokasinya juga strategik terletak di antara Kota Warisan dn Bandar Sri Sendayan. Walaubagaimanapun projek tanah wakaf ini ialah sesuatu yang sangat besar dan di luar bidang kemampuan kami, maka pihak kami sgt mengalu-alukan segala bentuk bantuan daripada semua sudut iaitu daripada membuat kertas kerja, perangkaan pelan,  memdapatkan kelulusan pihak berwajib dan yang utamanya mencari dana pembangunan.. Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kami telah mendapat sebidang tanah waqaf di Lot 3222 kampung Jijan mukim labu seluas 1.8 ekar. Terima kasih kpd Tuan Haji Sidik dn keluarga yang mewakafkan tanah kepada kami. Moga Allah mncurahkan rahmat kepada Tuan sekeluarga. Kami bercadang membangunkan Pusat pendidikan berasrama bersama dg Akademi Hufaz Ulul Albab menaungi anak yatim, asnaf Dan Ibu Tunggal. Oleh itu kami memohon SUMBANGAN dan sokongan dari semua pihak agar pmbangunan ini berjalan dengan jayanya.

Sebarang urusan boleh menghubungi:

Pn kartini 013 2556062. (Legal Adviser)

Ustaz Faisal 013 3565615 (pengetua)

Ustaz Syukri 013 9659714 (pengurus projek)

Tuan zulkifli 019 5011599 (pentadbiran)

Pn Umu 011 23853699

Photo Gallery

PUSAT JAGAAN

BAITUS SAKINAH  WAL  MAHABBAH

Pusat Jagaan Baitus Sakinah Wal Mahabbah Telah ditubuhkan pada awal januari 2009, pusat ini sebuah Pusat Jagaan berbentuk system asrama dan berkonsepkan kekeluargaan yang diwujudkan...

Baca selanjutnya

HUBUNGI KAMI

 +603 8705 0221

No 27 Jalan Warisan Indah 8/8 , Kota Warisan  43900 Sepang Selangor.

baitussakinah09@yahoo.com

MEDIA SOSIAL

baitus.mahabbah

YouTube Video

Baitus Sakinah Wal Mahabbah

............................

............................